Membanteras Barangan Tiruan Dalam Pasaran Tempatan

Memiliki barangan berjenama menjadi citarasa kebanyakan orang yang mengutamakan lambang prestij. Antara barangan yang menjadi idaman ialah pakaian, beg tangan, kasut, jam tangan, cermin mata hinggalah kepada perisian komputer. Namun tidak semua yang mampu memilikinya kerana harga yang mahal. Untuk memenuhi tuntutan itu mereka sanggup membeli barangan tiruan yang hampir serupa dengan jenama asli. Walaupun penguatkuasaan sering dilakukan, namun untuk membanteras kegiatan tersebut mestilah bermula daripada pengguna sendiri."Jika tidak ada permintaan, tidak akan ada sindiket-sindiket tersebut untuk terus beroperasi," kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) Iskandar Halim Sulaiman.



BARANGAN TIRUAN MUDAH MEMASUKI PASARAN

Pasaran globalisasi hari ini juga menyebabkan barangan tiruan mudah memasuki ke dalam negara. Dengan kemudahan logistik, barangan yang dikeluarkan di negara lain dapat dihantar dalam masa yang singkat dan mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan lapangan terbang merupakan satu cabaran dan bebanan kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti kandungannya. Keadaan itu bertambah rumit apabila pemilik barangan membuat pengisytiharan palsu terhadap kandungan kontena yang dibawa masuk. Kaedah lain yang sering digunakan ialah melalui penghantaran cepat, bas ekspres dan keretapi. Malah kecanggihan teknologi masa kini membolehkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui 'online' menerusi laman web perniagaan yang boleh dilayari pengguna. Produknya boleh dimuat terus termasuk produk seperti karya filem, karya muzik, karya seni dan karya terbitan. Beliau berkata barang-barang tiruan ini kebiasaannya dibawa masuk melalui pintu-pintu sempadan dan pelabuhan-pelabuhan sama ada secara sah ataupun haram melalui dua bentuk iaitu separuh siap atau siap sepenuhnya. Bagi barangan yang separuh siap, ia akan menjalankan proses pembungkusan dan pelabelan sebelum diedarkan di pasaran. Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan ini biasanya dengan tidak menggunakan sebarang resit penjualan dan pembayaran hanya dibuat secara tunai.



MEMBEZAKAN BARANG TIRUAN DENGAN ASLI

Bukannya mudah untuk membezakan barangan tiruan dengan asli. Perkembangan teknologi dengan penggunaan mesin yang canggih dapat menghasilkan barangan tiruan yang hampir serupa dengan barangan asli, membuatkan orang ramai sukar membezakannya. Ciri-ciri perbezaan kadangkala sukar dilihat dengan mata kasar dan perlu menggunakan peralatan tertentu untuk melihat ciri-ciri khas yang digunakan oleh empunya cap dagangan. Bagi pengguna pula, katanya secara kasar mereka boleh mengesyaki barangan tersebut sebagai tiruan berdasarkan harga, kualiti, jaminan pembelian, tempat penjualan sama ada di kaki lima, pasar malam, pasar raya ataupun kedai wakil penjual yang sah. Pembeli juga sebaik-baiknya membeli suatu barangan yang berjenama dan asli daripada pengedar sah yang mempunyai jaminan kualiti dan bukan berdasarkan kepada barangan yang murah. Antara jenis-jenis barangan tiruan yang banyak terdapat di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan, alat ganti kereta, jam tangan, alat tulis, bahan petroleum, barangan kulit, rokok, arak, kasut, cermin mata, barangan elektrik, alat komunikasi, perkakasan komputer, cakera optik dan pita video.



KEJAYAAN PENGUATKUASAAN

Pada tahun 2012 sebanyak 2,720 kes berjaya ditumpaskan dengan nilai rampasan sebanyak RM13.3 juta. Jumlah itu katanya menurun berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 3,914 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM78.1 juta. Penurunan ini hasil penguatkuasaan yang berterusan dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan lain, pihak industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga media yang membantu memberi pendidikan pengguna. Daripada jumlah itu, cakera optik merupakan rampasan tertinggi dengan RM3.148 (1,122 kes) diikuti barangan elektrik RM2.54 juta (23 kes), minuman keras RM2.01 juta (dua kes), pakaian RM1.234 juta (517 kes) manakala rampasan paling sedikit ialah alat tulis sebanyak RM29,386 dengan 13 kes. Penjualan barangan tiruan ini sukar dihapuskan kerana dipayungi oleh sindiket besar dengan modal yang banyak.



KESEDARAN PENGGUNA MASIH RENDAH

Kesedaran masyarakat Malaysia mengenai barangan tiruan masih terlalu rendah terutama di kalangan mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah termasuk remaja. Kita tidak dapat dinafikan pengaruh iklan yang berbentuk global dan eksklusif menjadi ikutan atau dorongan kepada pembeli yang mampu, namun yang tidak mampu mereka akan mencari barangan tiruan. Tambahan terdapat barangan berjenama tiruan yang hampir-hampir menyerupai barangan yang asli yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan dengan kemampuan mereka. Usaha itu akan terus dipertingkatkan dan kita berharap suatu hari nanti kesedaran rakyat Malaysia terhadap barangan tiruan akan terus meningkat Masyarakat diingatkan agar berfikiran jauh sebelum membeli kerana lambakan barangan tiruan boleh memberi kesan kepada ekonomi negara. Pembeli harus menjadi pengguna yang bijak, jangan terlalu taksub dengan jenama dan bersikap "ukur baju di badan sendiri".



Bagaimana Untuk Melindungi Barangan Asli


Langkah Pertama adalah menurunkan harga produk tulen. Pengguna lebih mengutamakan produk yang harganya  lebih rendah dan juga produk yang bermutu tinggi. Jika harga sehelai jersi tulen RM 50-RM90, maka pengguna akan memilih produk tulen kerana berkemampuan. Dengan harga berpatuatan, pengguna pasti akan mendapatkan barangan tulen yang bermutu tinggi. Harga barangan yang berpatutan tetapi kualitinya tinggi tentu akan membuat pengguna menolak terus barang tiruan yang kualitinya sangat rendah. Kedua pula, hukuman yang berat juga akan menyebabkan industri barangan tiruan akan lumpuh. Berdasarkan undang -undang seperti hak cipta dan harta intelek, syarikat yang didapati bersalah melakukan kegiatan kegiatan barangan tiruan boleh dikenakan denda semaksimum setengah juta ringgit. Pengusaha barangan tiruan termasuk barangan cetak rompak juga boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun. Selain itu lesen perniagaan mereka akan ditarik balik oleh pihak berkuasa. Seterusnya, menjadikan subjek "KEPENGGUNAAN" atau "KONSUMERISME" sebagai subjek teras di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pendedahan awal tentang kepenggunaan perlu diterapkan supaya isu-isu seperti barangan tiruan dapat dibendung dengan mudah dan cepat. Insitusi-insitusi tinggi turut menjadikan subjek ini sebagai subjek wajib kepada siswa-siswi. Selain itu,  media massa perlu memainkan peranan dalam menyebarkan tentang pendidikan kepenggunaan dan kesedaran dalam kalangan pengguna. Langkah ini dapat memberi gambaran jelas tentang kesan barangan tiruan kepada pengguna, ekonomi, dan juga negara. Iklan -iklan tentang bahayanya penggunaan barang tiruan perlu diperbanyakkan. Akhirnya, semua pihak perlu memainkan peranan masing -masing untuk mengatasi kegiatan barangan tiruan di negara ini.

Punca Barang Tiruan Terus Meningkat


 * Popular Dan Laris


* Kesedaran Pengguna Yang Masih Rendah



* Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lemah



* Mudah Didapati Di Pasaran



Barangan Tiruan

Pada zaman yang serba moden dengan pelbagai teknologi-teknologi terbaru dan serba canggih ini telah membawa kepada salah satu barang tiruan yang dihasilkan oleh usahawan tidak bertanggungjawab. Produk tiruan ini semakin berleluasa dan kesukaran untuk dikesan kewujudannya kerana hasil percetakan yang dilakukan sama dengan produk asal. Sebagai contoh barang tiruan yang boleh berlaku dari segi makanan, pakaian, ubat-ubatan, produk kecantikan dan sebagainya. Bagi sesetengah pengguna mereka gemar menggunakan barang tiruan seperti minyak wangi yang berjenama.Walaupun ianya dalam keadaan tiruan tetapi keadaan produk dan yang seakan hampir sama dengan produk asal dan kos yang rendah telah menjadikan penggemar barangan tiruan mudah memiliki. Oleh itu, bagi penggusaha produk lain yang tidak bersalah akan menerima kesukaran dari segi pencetakan barang tiruan barangan sendiri mahupun orang lain.


Undang-undang dan peraturan yang berbeza

Sesebuah negara mempunyai undang-undang dan peraturan yang berbeza antara satusama lain dari segi pengurusan perniagaan dan perdagangan yang berlaku. Bagi sesetengah negara yang menetapkan syarat yang tinggi bagi produk .Sekiranya, syarikat menginginkan menjual produk dalam negara. Syarikat perlu melaburkan saham atau menghasilkan produk dalam negara mereka terlebih dahulu. Bahan-bahan yang digunakan juga perlu sesuai dan menepati syarat-syarat piawaian.

Cukai eksport atau import yang tinggi

Keadaan cukai atau import yang tinggi merupakn salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi oleh usahawan. Mereka juga mengginginkan produk yang mereka hasilkan mendapat sambutan dalam dan luar negara tetapi perlu membayar cukai. Semakin jauhsesuatu perjalanan sesuatu produk yang diimport, semakin tinggi kos pencukaian dan
semakin tinggi harga bagi sesuatu barang. Selain itu, bagi pengeksport barang juga akan menyebabkan kenaikan harga barang tersebut kecuali ianya di jual dikawasan bebas cukai

Harga pasaran mengikut harga dunia.

Keadaan pasaran barang yang tidak menentu mengikut harga dunia adalah permasalahan dan cabaran yang perlu diterima bagi setiap individu yang bergelar usahawan. Keadaan tidak menentu ini juga memberikan kepada suatu keandaian sekiranya berlaku ekonomi menurun disebabkan kemelesetan ekonomi akan member kesan pada harga barangan tersebut. Sama ada menurun mahupun sebaliknya. Nilai mata wang yang berbeza-beza pada setiap negara memberikan kepada kepintaran dan kebijaksanaan usahawan dalam menilai dan memberikan harga yang sesuai terhadap produk yang dilakukan agar tidak mengalami sebarang kerugian. Oleh sebab keadaan ekonomi yang sedang di dalamdilema kemerosotan kini, jumlah jualan juga jatuh kerana pengguna sendiri menghadapi masalah dari segi kewangan.



Punca Barangan Tiruan Banyak Dikeluarkan dan Dijual

1. Kemunculan sikap mengagung-agung barangan berjenama - terutama dalam kalangan masyarakat yang tidak berkemampuan / berpendapatan rendah - ingin bergaya - mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama meningkatkan imej dan status - beli nyang tiruan dapat mengisi kepuasan diri itu.

2. Harga yang murah menyebabkan permintaan menjadi tinggi -rupa fizikal hampir sama dengan produk asal/ kualiti pula ada yang tinggi,- cth jersi bolasepak dikategorikan dalam gred A,B, dan C. Barangan asli pula terlalui tinggi misalnya, jersi asli RM 200 dan ke atas. Kos pembuatan pula lebih murah, modal jualan juga rendah - ini semua menggalakkan perniagaan barangan tiruan.

3. Kesedaran tentang harta intelek dan ilmu kepenggunaan yang rendah dalam kalangan masyarakat - menganggap berjual beli barangan tiruan bukan kesalahan besar.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - tindakan bermusim - bertindak berdasarkan laporan sahaja - sukar kawal sebab melibatkan jumlah orang terlibat yang banyak - KPDNHEP pula kurang kakitangan - wujud pula masalah rasuah dalam kalangan penguatkuasa- undang-undang tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.



Kesimpulan

Kesimpulan yang didapati melalui tugasan ini adalah melalui penggunaan internet danpembangunan laman web para usahawan dapat menarik ramai pembeli atau pelanggan dariseluruh dunia untuk menggunakan perkhidmatan atau membeli produk yang menjadikan peluang perniagaan dan keuntungan yang lebih besar dapat dicapai.



Negara China dengan prinsip sendirinya untuk mengeluarkan barangan tiruan ke seluruh pelosok dunia. Ini akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi yang merosot kepada ekonomi tulen. Rakyat akan menghadapi kesukaran dan kesusahan untuk mendapatkan barangan -barangan yang berkualiti dan bermutu tinggi di pasaran. Barangan tiruan bukan sahaja memberi kesan rakyat malah juga memberi impak yang besar kepada peniaga-peniaga kecil.

Kilang barangan tiruan di Hong Kong

Sikap tidak tanggungjawab oleh banyak pihak  menyebabkan gejala barangan tiruan terus bermaharajalela di pasaran. Barangan asli terus menghadapi ancaman sehingga masayarakat tidak dapat membezakan antara barangan tiruan dengan barangan asli.