HAK CIPTA

JENAYAH HAK CIPTA

Definisi Hak Cipta

Hak cipta ialah suatu set perlindungan undang-undang yang diberikan kepada karya-karya ekspresi kreatif. pemilik hak cipta karya mempunyai hak eksklusif terhadap karyanya.  Contohya, hak untuk menyalinkan pekerjaan dan menjualnya.Tetapi,  hak-hak tersebut ada tempoh masa tertentu dalam kebanyakan kes seperti karya sastera hak cipta akan bertahan untuk kehidupan penulis dan 50 tahun selepas kematiannya.



Lambang Hak Cipta






Jenayah Hak Cipta(Cetak Rompak)

Pencabulan hak cipta juga dikenali sebagai cetak rompak bermaksud penggunaan karya yang dilindungi undand-undang hak cipta tanpa izin . Hal ini telah mencabuli hak eksklusif  pemilih hak cipta asli kepada hak untuk   mengeluarkan semula kartanya . Contoh pencabulan hak cipta ialah  VCD, CD dan DVD cetak rompak ,menggunakan logo dan corak sesuatu jenama tanpa kebenaran ,photostas buku ,dan sebagainya.
         

Punca Jenayah Hak Cipta

Jenayah hak cipta sering berlaku boleh dikaitkan dengan cetak rompak mendatangkan banyak keuntungan kepada perniagaan.Peniaga hanya mengeluarkan modal yang kecil untuk memula perniagaan mereka kerana kos penghasilan barangan cetak rompak sangat murah.contohnya ,peniaga mencetak rompak sekeping VCD Cuma memerlukan RM1 tetapi VCD cetak rompak akan dijual dengan RM5.Peniaga juga tidak perlu membayar cukai keuntungan perniagaan kepada kerajaan dan tidak perlu membayar royalti kepada ahli seni seperti penyayi. Sambutan pengguna juga menjadi salah satu punca.Pengguna minat memberi barangan cetak rompak kerana harga lebih murah berbanding barangan asli.Pada masa ini, banyak perlajar akan menphotostas buku teks kerana mereka tidak dapat menanggungkan kos buku teks yang mahal.Hal ini telah mencabuli hak cipta pemilih.Pengguna yang suka menunjuk-nunjuk tetapi kurang kemampuan akan  selalu membeli barangan cetak rompak yang berjenama.


Kesan Yang Timbul

Penerbit membelanjakan beribu-ribu untuk menerbitkan album dan membuat iklan tetapi album tidak dapat dijual pada kuantiti yang sepatutnya menyebabkan syarikat  mendapatkan kerugian Kerajaan juga akan mengalami kerugian yang besar kerana peniaga tidak membayar sebarang cukai  kepada kerajaan..Hal ini telah menyababkan kehilangkan sumber kewangan untuk melaksanakan projek pembangaunan negara . Akibatnya proses pembangunannegara menjadi lambat.


Ahli seni seperti penulis buku dan penyanyi akan menerima tamparan yang kuat Mereka tidak dapat pendapatan yang tepatdan pulangan yang sepatutnya.Hal ini khusus kepada ahli seni yang bergantung kepada komisyen hasil penjualan.Mereka akan berasa sedih kerana tidak dapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka.Akhirnya semangat ahli seni untuk memajukan persembahan mereka menjadi lemah dan pemuda tidak berminat dengan bidang kesenian.

Langkah Mengatasi

Kerajaan perlu mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat  bahawa pencabulan hak cipta adalah satu kesalahan dan harus dibanteras dengan segera.Di peringkat sekolah,persatuan pengguna patut memainkan peranan untuk memberikan nilai murni yang perlu diamalkan oleh perlajar dan menghalangkan perlajar mengguna buku photostas.

Pihak kerajaan harus lebih berusaha untuk menangkapkan peniaga yang tidak beretika ini dan hukuman yang sedia ada perlulah ketat lagi supaya peniaga dan pengguna tidak akan mengulangkan kesilapan mereka.Hukuman dan denda bukan untuk menzalimkan persalah, sebaliknya hukuman dan denda adalah untuk mendidikan mereka.Pihak kerajaan juga tidak patut menerima rasuah agar pesalah dapat hukuman yang sepatutnya.


Akta Hakcipta

Akta Hakcipta Akta 332 1987 [PDF, 280.6KB]
Akta Hakcipta (Peraturan) 1987 [PDF, 34.8KB]
Akta Hakcipta (Notis Larangan Impot) Peraturan 1987 [PDF, 27KB]
Akta Hakcipta (Peraturan) 1990 [PDF, 24.9KB]
Akta Hakcipta (Peraturan) 2000 [PDF, 76.1KB]
Akta Hakcipta (Pindaan) Akta A306 1975 [PDF, 16.5KB ]
Akta Hakcipta (Pindaan) Akta A461 1979 [PDF, 16.6KB]
Akta Hakcipta (Pindaan) Akta A775 1990 [PDF, 39.6KB]
Akta Hakcipta (Pindaan) Akta A952 1996 [PDF, 51KB]
Akta Hakcipta (Pindaan) Akta A994 1997 [PDF, 27.3KB]
Akta Hakcipta (Pindaan) Akta A1082 2000 [PDF, 47.2KB]
Akta Hakcipta (Pindaan) Akta A1139 2002 [PDF, 30.7KB]
Peraturan-peraturan Hak Cipta (Pemberitahuan Sukarela) 2012 [194KB]
Peraturan-peraturan Hak Cipta (Badan Pelesenan) 2012 [167KB]
Peraturan-peraturan Hak Cipta (Tribunal Hak Cipta) 2012 [345KB



Video cetak rompak (1993)



Sistem tayangan dan rakaman video di rumah atau nama rasminya Video Home System (VHS) mula diperkenalkan dalam tahun 1970-an. VHS mula popular pada1980-an. Sistem tersebut menggunakan format pita video, dan ia secara ringkasnya dikenali umum di Malaysia sebagai video. Pemain atau perakam video pada ketika itu dianggap sebagai barangan mewah dan tidak semua pemilik TV mampu untuk memilikinya.


Kewujudan video memberi kesan yang agak besar kepada kehidupan masyarakat di Malaysia pada 1980-an. Filem tidak lagi hanya boleh ditonton di pawagam atau melalui siaran TV percuma, tetapi telah boleh ditonton dengan selesa di rumah pada bila-bila masa dan berulang-ulang kali. Kedai menyewa video wujud di setiap bandar kecil dan besar. Meminjam video menjadi lebih penting daripada meminjam buku di perpustakaan. Kedai makan ataurestoran yang menyiarkan tayangan video akan mudah menjadi pilihan utama pelanggan, begitu juga dengan tayangan video di dalam bas ekspres yang boleh dianggap sebagai sesuatu yang hebat.



Perakam video digunakan dengan meluas untuk merakam rancangan TV bagi mengulang tonton. Ia juga berguna dalam memastikan rancangan TV yang bertembung waktu siaran tidak terlepas daripada ditonton, contohnya penonton boleh merakam rancangan di saluran TV1 sementara mereka menonton serentak rancangan lain di TV2. Hasil rakaman video peribadi sebegitulah yang kini dimuat naik dengan banyaknya dalam laman web perkongsian video seperti Youtube dan sebagainya, lantas mengiktiraf peranan besar video sebagai perakam zaman. Malah segelintir masyarakat ketika itu (1980-an) mengakui bahawa menonton video merupakan hobimereka (berbanding kebanyakan masyarakat 1970-an yang mengakui mempunyai hobi mendengar radio)



Seperti mana bahan rakaman hiburan sebelumnya seperti piring hitam, katrijdan kaset, pita video tidak terkecuali daripada dicetak rompak dengan berleluasa. Pengguna hanya perlu menghubungkan dua unit perakam video menggunakan kabel yang disertakan bagi menyalin pita video yang dikehendaki. Sekiranya tidak faham, sila rujuk buku panduan (manual) operasi yang dibekalkan oleh pengeluar perakam video tersebut, ianya begitu mudah.



Budaya penontonan video pada 1980-an juga memberi pendedahan meluas kepada orang ramai terhadap bahan pornografi atau lucah yang pantas digelar sebagai video blue (kemungkinan kerana pita video tersebut selalunya akan dimulakan dengan visual skrin biru yang kosong - yang menandakan tiada signal video). Obsesi segolongan masyarakat terhadap video lucah juga telah mencetuskan keinginan mereka untuk menghasilkan rakaman lucah sendiri. Terdapat beberapa kes ketika itu mengenaipenyebaran pita video lucah buatan tempatan. Cetak rompak dan video lucah terus menjadi gejala yang tidak lagi mampu dicegah apabila teknologi rakaman dan tayangan video menjadi semakin maju dalam era digital dan internet.



Di Malaysia, pita video terus popular dalam awal 1990-an walaupun cakera optikal seperti laser disc telah wujud dengan kualiti audio visual yang jauh lebih bagus. Laser disc sememangnya terlalu mahal dan kurang mesra pengguna serta tidak sesuai untuk mengganti fungsi perakam video peribadi. Pada 1993, filem terhebat tahun itu Jurassic Park telah dikesan menjadi mangsa cetak rompak dan ketika itu dapat dilihat bahawa pita video masih merupakan format pilihan yang utama berbanding laser disc.



Pada hujung 1990-an pita video mula menurun popularitinya apabila cakera padat video (VCD) filem-filem terbaru mula diedarkan dengan meluasnya di seluruh Malaysia. Walaupun VCD mempunyai banyak kelebihan misalnya dari segi kualiti audio visual (jauh lebih bagus daripada pita video) dan saiz yang lebih kecil berbanding laser disc dan pita video, malah 'kelebihan' dari segi terlalu mudah untuk dicetak rompak, tetapi dari segi fungsi rakaman video peribadi nampaknya VCD tidak mampu untuk mencapai apa yang telah dilakukan oleh pita video pada 1980/90-an. Kebanyakan rakaman video lama era 1990-an yang dimuat naik ke dalam internet masih merupakan hasil rakaman pita video. Terima kasih VHS!






Nota Tambahan

Kini kebanyakan rakaman video peribadi dihasilkan dan disimpan dalam format digital menggunakan pelbagai alat elektronik dan teknologi terkini, namun tanpa usaha untuk memindahkan rakaman tersebut ke dalam format fizikal, dikhuatiri pelbagai rakaman penting dan sejarah budaya popular pada masa kini akan mudah pupus apabila perubahan teknologi berlaku. Penyimpanan video dalam internet dan alat elektronik (seperti telefon bimbit dan kamera digital) akan menemui penamatnya apabila tiba masa yang tertentu (akaun dipadam, laman web tamat tempoh perkhidmatan, kerosakan atau kecurian gajet, dan sebagainya), dan ketika itulah kita akan mula mencari semula salinannya dalam bentuk fizikal sekiranya ada.

sumber: http://arkibnegara.blogspot.com/2011/01/video-cetak-rompak-1993.html




Harta Intelek
Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.



Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut :­

  • usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; 
  • karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
  • penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
  • karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia




Karya Yang Layak Mendapat Perlindungan Harta Intelek

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :­

  • karya sastera ;
  • karya muzik ;
  • karya seni ;
  • filem ;
  • rakaman bunyi ;
  • siaran; dan
  • karya terbitan

Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati.




Karya Sastera

Karya sastera terdiri daripada:-

  • novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya;
  • lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomin;
  • treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;
  • ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;
  • surat, laporan dan memorandum;
  • syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya;
  • jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-angka dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak; dan
  • program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi tidak termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat perundangan atau peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.


Karya Muzik

Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik.

Karya Seni

  • Lukisan cat, lukisan, ecing, litograf, ukir-kayu, ukir-pahat dan cetakan dan apa- apa karya tiga dimensinya;
  • Peta, pelan, carta, rajah, ilustrasi, lakaran dan karya-karya tiga dimensi berhubung dengan geografi, topografi, senireka atau sains;
  • Karya seniukir;
  • Karya senibina dalam bentuk bangunan atau model bangunan;
  • Fotograf yang tidak terkandung dalam filem;
  • Karya pertukangan seni, termasuklah tenunan halus bergambar, kain bertekad dan barang-barang petukangan tangan dan seni perusahaan.









No comments:

Post a Comment