Bagaimana Untuk Melindungi Barangan Asli


Langkah Pertama adalah menurunkan harga produk tulen. Pengguna lebih mengutamakan produk yang harganya  lebih rendah dan juga produk yang bermutu tinggi. Jika harga sehelai jersi tulen RM 50-RM90, maka pengguna akan memilih produk tulen kerana berkemampuan. Dengan harga berpatuatan, pengguna pasti akan mendapatkan barangan tulen yang bermutu tinggi. Harga barangan yang berpatutan tetapi kualitinya tinggi tentu akan membuat pengguna menolak terus barang tiruan yang kualitinya sangat rendah. Kedua pula, hukuman yang berat juga akan menyebabkan industri barangan tiruan akan lumpuh. Berdasarkan undang -undang seperti hak cipta dan harta intelek, syarikat yang didapati bersalah melakukan kegiatan kegiatan barangan tiruan boleh dikenakan denda semaksimum setengah juta ringgit. Pengusaha barangan tiruan termasuk barangan cetak rompak juga boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun. Selain itu lesen perniagaan mereka akan ditarik balik oleh pihak berkuasa. Seterusnya, menjadikan subjek "KEPENGGUNAAN" atau "KONSUMERISME" sebagai subjek teras di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pendedahan awal tentang kepenggunaan perlu diterapkan supaya isu-isu seperti barangan tiruan dapat dibendung dengan mudah dan cepat. Insitusi-insitusi tinggi turut menjadikan subjek ini sebagai subjek wajib kepada siswa-siswi. Selain itu,  media massa perlu memainkan peranan dalam menyebarkan tentang pendidikan kepenggunaan dan kesedaran dalam kalangan pengguna. Langkah ini dapat memberi gambaran jelas tentang kesan barangan tiruan kepada pengguna, ekonomi, dan juga negara. Iklan -iklan tentang bahayanya penggunaan barang tiruan perlu diperbanyakkan. Akhirnya, semua pihak perlu memainkan peranan masing -masing untuk mengatasi kegiatan barangan tiruan di negara ini.

No comments:

Post a Comment