China Buat Beras Dari Plastik
Dipetik
daripada Mingguan Hong Kong, terdapat beras tiruan yang diperbuat daripada
plastik dijual secara besar-besaran di China. Menurut laporan itu,
beberapa pengedar menjual beras palsu di Taiyuan, Wilayah Shaanxi, dan beras
ini adalah campuran kentang, ubi jalar dan plastik. Beras plastik ini
dibuat dengan membentuk kentang dan ubi jalar ke dalam bentuk padi, lalu
ditambah dengan resin sintetik. Kata pakar pemakanan. Kerana beras ini berbeza
daripada beras biasa, ia lebih keras seperti batu selepas dimasak. Selain itu,
resin sintetik yang terdapat didalamnya sangat bahaya kepada tubuh manusia
Sumber : http://video-gempak.blogspot.com/201...i-plastik.html
Telur ayam tiruan di Pulau Pinang
GEORGETOWN: Rupanya sebiji telur ayam tetapi
ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh
memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada
telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak
berbau, berkilat dan kasar. Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur
tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata
siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin,
serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur
menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik,
kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. "Komponen bahan kimia
ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak,
sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.
Mohamed Idris berkata, kerajaan harus
mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu
kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu
yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam
yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar
aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
"Setelah mendengar aduan seorang
pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut
apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu
sejak sebulan lalu
Sumber : - BERNAMA
...................................................................................................................................................................
Telur Tiruan Di Pulau Pinang
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang
telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur
itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh
kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu,
beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan
mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur
tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila
dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya
terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).
Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan,
telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah
dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan
kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan
putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik,
kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya
dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium
klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk
menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin,
serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini
adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi
komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak
langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Sumber : SM Mohamed Idris, Presiden
CAP.
Waspada Dengan Telur Tiruan
Pengguna Malaysia dikejutkan dengan berita tentang aduan seorang pengguna yang mendakwa telur yang dibeli di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang adalah telur tiruan. Namun, hasil ujian Jabatan Kimia mendapati empat sampel telur ayam adalah tulen dan keputusan analisis mendapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama dengan telur ayam.
Kes masalah makanan dan keracunan makanan dilaporkan banyak berlaku di Tanah Besar China beberapa tahun yang lalu. Pada tahun 2001, terdapat 185 kes keracunan makanan yang menjejaskan sebanyak 15,715 orang dengan mengakibatkan 146 kematian. Kejadian ini bertambah dua kali ganda pada tahun 2002 dan pada 2003, bilangan kes yang dilaporkan adalah sepuluh kali ganda daripada tahun 2001.
Jumlah orang menderita ialah
mencecah 29,660 orang termasuk 262 kematian dan pada September 2008 hampir
53,000 kanak-kanak China menderita akibat pencemaran susu bayi dengan 4 orang
bayi meninggal dunia.
Seorang maut dan 42 orang
mengalami keracunan nitrat di hotel barat daya China pada Oktober 2010 dan 200
pelajar sekolah mengalami sakit perut dan muntah akibat meminum susu sarapan
pagi di sekolah pada April 2010. Kesimpulannya terlalu banyak kes keracunan dan
makanan tiruan berlalu di negara China dengan mengakibatkan sejumlah besar
rakyat mereka.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Menurut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Menurut artikel daripada Xiamen News, sekiranya telur tiruan ini dimakan dalam masa yang panjang boleh mengakibatkan kesan kecacatan otak. Justeru itu, pengguna dinasihatkan supaya lebih berwaspada dengan telur tiruan. Sekiranya pengguna ragu-ragu dengan keasliannya sila hubungi Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berhampiran tempat anda.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Menurut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Menurut artikel daripada Xiamen News, sekiranya telur tiruan ini dimakan dalam masa yang panjang boleh mengakibatkan kesan kecacatan otak. Justeru itu, pengguna dinasihatkan supaya lebih berwaspada dengan telur tiruan. Sekiranya pengguna ragu-ragu dengan keasliannya sila hubungi Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berhampiran tempat anda.
Berikut adalah tip untuk membezakan telur tiruan dengan telur asli:-
- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Cadangan kerajaan untuk
mewajibkan semua pengeluar telur berdaftar dengan Jabatan Veterinar dan
diberikan pensijilan untuk memastikan telur yang dihasilkan memenuhi piawaian
yang ditetapkan adalah langkah yang seharusnya telah dimulakan dari
dahulu lagi. Melalui sistem itu, telur yang dikeluarkan akan dicop dengan label
ladang, gred telur dan tarikh ia dikeluarkan bagi menambah keyakinan pengguna
terhadap telur tersebut.
Mengikut rekod, terdapat 390 ladang ayam penelur di negara ini dengan kapasiti sebanyak 37.82 juta ekor ayam dan pengeluaran telur sebanyak 23.46 juta sehari. Pada ketika ini, pengguna diharapkan dapat memanfaatkan maklumat dan label yang diwujudkan agar dapat membuat pilihan yang bijak.
Siti Rahayu Zakaria
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
Mengikut rekod, terdapat 390 ladang ayam penelur di negara ini dengan kapasiti sebanyak 37.82 juta ekor ayam dan pengeluaran telur sebanyak 23.46 juta sehari. Pada ketika ini, pengguna diharapkan dapat memanfaatkan maklumat dan label yang diwujudkan agar dapat membuat pilihan yang bijak.
Siti Rahayu Zakaria
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
No comments:
Post a Comment