TEKNOLOGI

Kebanjiran Perisian Cetak Rompak


Pembangunan IT negara sememangnya terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran. Namun Cabaran yang terpaksa dihadapi ini tidak menggugat strategi negara untuk mencapai status negara yang berteraskan pembangunan IT. Isu-isu berhubung perundangan dan  jenayah siber termasuklah jenayah cetak rompak begitu diberi perhatian oleh kerajaan. Kerajaan sememangnya memandang serius kelemahan-kelemahan yang sedia ada dan sentiasa ke hadapan. Hal ini penting supaya sebarang perancangan dan pembangunan tidak akan terbantut atau membazir sahaja.







Video cetak rompak (1993)



Sistem tayangan dan rakaman video di rumah atau nama rasminya Video Home System (VHS) mula diperkenalkan dalam tahun 1970-an. VHS mula popular pada1980-an. Sistem tersebut menggunakan format pita video, dan ia secara ringkasnya dikenali umum di Malaysia sebagai video. Pemain atau perakam video pada ketika itu dianggap sebagai barangan mewah dan tidak semua pemilik TV mampu untuk memilikinya.


Kewujudan video memberi kesan yang agak besar kepada kehidupan masyarakat di Malaysia pada 1980-an. Filem tidak lagi hanya boleh ditonton di pawagam atau melalui siaran TV percuma, tetapi telah boleh ditonton dengan selesa di rumah pada bila-bila masa dan berulang-ulang kali. Kedai menyewa video wujud di setiap bandar kecil dan besar. Meminjam video menjadi lebih penting daripada meminjam buku di perpustakaan. Kedai makan ataurestoran yang menyiarkan tayangan video akan mudah menjadi pilihan utama pelanggan, begitu juga dengan tayangan video di dalam bas ekspres yang boleh dianggap sebagai sesuatu yang hebat.



Perakam video digunakan dengan meluas untuk merakam rancangan TV bagi mengulang tonton. Ia juga berguna dalam memastikan rancangan TV yang bertembung waktu siaran tidak terlepas daripada ditonton, contohnya penonton boleh merakam rancangan di saluran TV1 sementara mereka menonton serentak rancangan lain di TV2. Hasil rakaman video peribadi sebegitulah yang kini dimuat naik dengan banyaknya dalam laman web perkongsian video seperti Youtube dan sebagainya, lantas mengiktiraf peranan besar video sebagai perakam zaman. Malah segelintir masyarakat ketika itu (1980-an) mengakui bahawa menonton video merupakan hobimereka (berbanding kebanyakan masyarakat 1970-an yang mengakui mempunyai hobi mendengar radio)



Seperti mana bahan rakaman hiburan sebelumnya seperti piring hitam, katrijdan kaset, pita video tidak terkecuali daripada dicetak rompak dengan berleluasa. Pengguna hanya perlu menghubungkan dua unit perakam video menggunakan kabel yang disertakan bagi menyalin pita video yang dikehendaki. Sekiranya tidak faham, sila rujuk buku panduan (manual) operasi yang dibekalkan oleh pengeluar perakam video tersebut, ianya begitu mudah.



Budaya penontonan video pada 1980-an juga memberi pendedahan meluas kepada orang ramai terhadap bahan pornografi atau lucah yang pantas digelar sebagai video blue (kemungkinan kerana pita video tersebut selalunya akan dimulakan dengan visual skrin biru yang kosong - yang menandakan tiada signal video). Obsesi segolongan masyarakat terhadap video lucah juga telah mencetuskan keinginan mereka untuk menghasilkan rakaman lucah sendiri. Terdapat beberapa kes ketika itu mengenaipenyebaran pita video lucah buatan tempatan. Cetak rompak dan video lucah terus menjadi gejala yang tidak lagi mampu dicegah apabila teknologi rakaman dan tayangan video menjadi semakin maju dalam era digital dan internet.



Di Malaysia, pita video terus popular dalam awal 1990-an walaupun cakera optikal seperti laser disc telah wujud dengan kualiti audio visual yang jauh lebih bagus. Laser disc sememangnya terlalu mahal dan kurang mesra pengguna serta tidak sesuai untuk mengganti fungsi perakam video peribadi. Pada 1993, filem terhebat tahun itu Jurassic Park telah dikesan menjadi mangsa cetak rompak dan ketika itu dapat dilihat bahawa pita video masih merupakan format pilihan yang utama berbanding laser disc.



Pada hujung 1990-an pita video mula menurun popularitinya apabila cakera padat video (VCD) filem-filem terbaru mula diedarkan dengan meluasnya di seluruh Malaysia. Walaupun VCD mempunyai banyak kelebihan misalnya dari segi kualiti audio visual (jauh lebih bagus daripada pita video) dan saiz yang lebih kecil berbanding laser disc dan pita video, malah 'kelebihan' dari segi terlalu mudah untuk dicetak rompak, tetapi dari segi fungsi rakaman video peribadi nampaknya VCD tidak mampu untuk mencapai apa yang telah dilakukan oleh pita video pada 1980/90-an. Kebanyakan rakaman video lama era 1990-an yang dimuat naik ke dalam internet masih merupakan hasil rakaman pita video. Terima kasih VHS!






Nota Tambahan

Kini kebanyakan rakaman video peribadi dihasilkan dan disimpan dalam format digital menggunakan pelbagai alat elektronik dan teknologi terkini, namun tanpa usaha untuk memindahkan rakaman tersebut ke dalam format fizikal, dikhuatiri pelbagai rakaman penting dan sejarah budaya popular pada masa kini akan mudah pupus apabila perubahan teknologi berlaku. Penyimpanan video dalam internet dan alat elektronik (seperti telefon bimbit dan kamera digital) akan menemui penamatnya apabila tiba masa yang tertentu (akaun dipadam, laman web tamat tempoh perkhidmatan, kerosakan atau kecurian gajet, dan sebagainya), dan ketika itulah kita akan mula mencari semula salinannya dalam bentuk fizikal sekiranya ada.






Perisian Tiruan 

Pengguna lebih gemar unutk menggunakan perisian tiruan seperti perisian windows, perisian Microsoft Office yang mudah didapati di pasaran . Ini adalah kerana harganya yang lebih murah berbanding dengan perisian asli. Harga bagi perisian Microsoft Office yang asli adalah dalam linkungan RM 300 hingga RM 500 malah Microsft Office tiruan hanya RM10 hingga RM 15 sahaja.












Telefon bimbit tiruan berleluasa di pasaran


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli telefon bimbit bagi mengelak daripada terbeli telefon tiruan. Ini berikutan jualan telefon tiruan makin berleluasa dengan penjual menggunakan kotak baru buatan China dilengkapi buku panduan dan cakera padat (CD) untuk membungkus semula telefon bimbit tiruan seolah-olah stok baru tulen tanpa disedari pembeli. Telefon bimbit itu telah diubah suai dengan dilekatkan label jenama terkemuka tertentu dan pelekat tiruan Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Setiap telefon bimbit tulen dan sah dijual di pasaran ialah produk yang telah melalui pemeriksaan SIRIM di mana pelekat pada produk itu mempunyai nombor siri manakala pelekat SIRIM palsu tiada. Walaupun pengguna boleh membeli pada harga rendah, telefon bimbit tiruan itu adalah tidak selamat digunakan. Telefon bimbit tiruan tersebut menggunakan pelbagai jenama terkemuka seperti Nokia, Sony Ericsson dan Motorola.



Sumber: Utusan Online (Diubahsuai)

No comments:

Post a Comment