KESELAMATAN PENGGUNA

Hak untuk mendapatkan keselamatan


Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna. Atau kata lain, pengguna berhak mendapat perlindungan yang selamat ketika menggunakan barangan atau perkhidmatan daripada sesuatu atau perkara-perkara yang membahayakan mereka. Contohnya, barangan dan perkhidmatan yang mengancam kesihatan dan makanan yang dapat memudaratkan kesihatan pengguna.


Sebagai seorang pengguna yang bijaksana, kita perlu tahu menjaga hak-hak kita sewaktu berurusan dengan peniaga bagi memastikan tidak dianiaya atau tertipu. Hal ini penting kerana ia turut membabitkan keselamatan diri sendiri seperti jika membeli barangan elektrik yang berkualiti rendah atau barangan tiruan boleh membawa padah.



BERILMU PENGETAHUAN

Setiap pengguna dan pembeli perlu menjadi pengguna yang bijak, sentiasa berhati -hati dalam berbelanja dan meneliti barangan atau perkhidmatan yang hendak dibeli supaya tidak mudah tertipu.

Oleh yang demikian, setiap pengguna mesti meneliti dan mendapatkan maklumat tentang sesuatu barangan yang hendak dibeli. Sekiranya berlaku penipuan ke atas mereka, jangan suka mengambil sikap berdiam diri sebaliknya menggunakan kuasa yang ada dan tampil untuk membuat laporan.

Di sini seseorang pengguna itu perlu mempunyai ilmu pengetahuan agar tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya tertipu, diperdaya dan sebagainya. Antara 






No comments:

Post a Comment