Pemakaian cermin mata dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Cuaca merupakan salah satu faktor kepada pemakaian cermin mata kerana keadaan yang panas terik memaksa untuk memakainya. Selain itu, gemar bergaya boleh dikatakan faktor lain yang memberi ruang kepada generasi muda untuk memakai cermin mata. Bukannya semua yang berkemampuan untuk membeli cermin mata yang mahal seperti jenama Ray Ban ataupun Oakley. Cermin mata tiruan menjadi pilihan kepada pengguna untuk membelinya.
Cermin mata tiruan pelbagai jenama antarabangsa yang
dijual di pasaran dipecahkan mengikut gred. Menurut seorang peniaga yang
ditemui, 5A merupakan gred yang paling tinggi. Ia mampu dijual pada harga RM500
ke atas kerana rupa bentuk dan kehalusannya hampir menyamai cermin mata asli.
"Cermin mata tiruan biasa pula dijual pada harga
standard antara RM10 hingga RM15. Ia diperbuat daripada plastik dan tidak
mempunyai kuasa yang boleh memberi efek pada mata. Bagi cermin mata polaroid yang disertakan dengan
bingkai tambahan, kami jual pada harga RM40 sepasang. Harganya sedikit tinggi
memandangkan warna dan kualiti yang digunakan lebih baik berbanding cermin mata
biasa.
Selain cermin mata tiruan jenis biasa, pengunjung juga
boleh membeli cermin mata bagi aktiviti berbasikal. Jenama tiruan seperti
Oakley Radar dijual secara terbuka di kawasan tersebut pada harga dari RM150,
lengkap dengan tiga bingkai percuma. Harga cermin mata Oakley Radar yang asli dijual pada
harga RM800.
Penjualan cermin mata tiruan secara meluas menimbulkan
spekulasi negatif masyarakat terhadap penguatkuasaan barangan tiruan.
Petua Membezakan Minyak Wangi Tiruan Dan Original
Ramai di antara pengguna
tidak dapat membezakan sama ada perfume yang dijual itu original atau tiruan.
Kebanyakan mereka yang menjual perfume di internet mahupun di luar boleh
meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati.
Sebenarnya agak sukar juga
untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta
mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh
menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir
serupa dengan perfume berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini.
Jika dilihat secara kasar,
perfume tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan perfume
original, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia
boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih
teruk, harganya sama dengan yang original. Sebagai pengguna anda mungkin tidak
pasti atau tidak tahu langsung bahawa perfume tersebut adalah tiruan. Jadi
berhati-hati.
Penghasilan dan penjualan
barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta
barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih
10% perfume di dalam pasaran adalah tiruan.
RISIKO KESIHATAN
Perfume tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang dimestikan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.
BERHATI-HATI DENGAN STOK
LAPUK ATAU SUDAH ROSAK
Perfume boleh rosak. Jangka masa untuk ia rosak bergantung kepada suhu, cahaya dan lama ia disimpan. Kadangkala apabila sesuatu kedai yang menjual perfume ditutup, mereka menjual stok perfume mereka yang sudah lama. Perfume-perfume yang sudah lapuk ini biasanya dijual di laman lelongan, kedai-kedai diskaun pada harga yang sangat-sangat murah. Jangan tertipu. Sentiasa pastikan yang penjual menjual perfume yang masih segar(baru), bukan stok lama.
Bagaimana anda boleh
mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? Di sini kami akan
memberikan tips mudah bagaimana untuk membezakan antara perfume original dan
tiruan.
20 perkara yang harus
diambil perhatian:
1. Pastikan penjual
mempunyai reputasi dan dipercayai.
2. Pembungkusan. Semak
kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya.
Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun
sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan
dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi
biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
3. Semak tanda-tanda gam
berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada
lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.
4. Kotak luaran. Semak
kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan
dan pinggiran kotak tersebut.
5. Cetakan. Semak
informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah
ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos
dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker
berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
6. Semak Nombor Batch.
7. Dalam kotak. Semak
kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.
8. Bentuk botol. Semak
kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol
yang original adalah solid.
9. Kaca botol. Semak
keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original
adalah tebal
10. Tudung botol. Semak
saiz, warna dan bentuk.
11. Kepala penyembur.
Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat
semburan.
12. Tiub dalaman
penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.
13. Label botol (utama).
Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
14. Label bawah. Semak
kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
15. Bar Code. Semak
nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
16. Warna perfume. Semak
warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.
17. Minyak berlebihan.
Perfume yang original kurang berminyak.
18. Bau. Semak bau sama
ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan
kimia
19. Tahan lebih lama.
Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam
atau lebih.
20. Tindak balas pada
kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.
21. Semak pada bahagian
bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol
tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.
No comments:
Post a Comment